Monday, October 3, 2022

Pertandingan Anugerah dan Pengiktirafan EKSA Tahun 2022

Seperti tahun-tahun sebelum ini, JK EKSA Zon Kesihatan akan mengadakan pemilihan pemenang bagi Pertandingan Anugerah dan Pengiktirafan EKSA ketika menjalankan sesi Audit Dalaman EKSA peringkat zon.

Audit Dalaman EKSA Zon Kesihatan Bil 1/2022 telah dibuat pada 8 Jun 2022 dan pemenang anugerah dipilih berdasarkan komitmen mereka terdapat Amalan EKSA di tempat kerja.

Kategori yang dipertandingkan masih kekal berdasarkan kriteria audit EKSA yang telah ditetapkan oleh MAMPU iaitu:

1. Zon Terbaik Individu

2. Bilik Pegawai Terbaik

3. Workstation Terbaik

4. Tandas Terbaik

5. Hasil Kreativiti Terbaik

6. Go Green Terbaik


Para pemenang diumumkan pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan BPKA dan Pejabat TKPK (KA) pada 12 September 2022. Sijil dan cenderahati  disampaikan oleh Puan Pengarah BPKA.



Tahniah kepada para pemenang. Kekalkan prestasi dan semoga menjadi inspirasi serta motivasi kepada kita semua.


EKSA ini mudah dan memudahkan. JOM SENTIASA AMALKAN EKSA. 


No comments:

Post a Comment

PENGAUDITAN TERHADAP AMALAN EKSA IPKKM BILANGAN 2 TAHUN 2024

Salam Sejahtera semua, Adalah dimaklumkan JK Audit EKSA IPKKM akan menjalankan pengauditan Amalan EKSA Bilangan 2 Tahun 2024 pada 20 Novembe...