LOGO & SLOGAN


BULATAN
Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam merealisasikan Amalan EKSA sebagai budaya kerja.

AKRONIM EKSA
Simbolik kepada makna Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara amnya.

LOGO KKM
Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan bahawa logo ini adalah hak cipta KKM.

SISIH SAPU SERAGAM SENTIASA AMAL
Indikator kepada amalan 5S secara amnya.


  • BIRU        Melambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. 
  • HITAM     Tulisan slogan berwarna putih di kelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik penegasan kepada sikap professional warga KKM.
  • PUTIH      Dua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.
  • MERAH    Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksana dan menjayakan Amalan EKSA.

No comments:

Post a Comment

JOM AMALKAN EKSA: JIMAT TONER

  Hi warga Zon Kesihatan. Nak jimat toner? Kurangkan penggunaan pencetak sekiranya kurang penting sekali gus menjimatkan toner. Jimat toner,...