PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI SEDUNIA TAHUN 2022
Alhamdulillah pada 22 April 2022, hari Jumaat yang penuh barakah yang juga merupakan Sambutan Hari Bumi, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA) dengan kerjasama Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian di bawah Program Kesihatan Awam telah menganjurkan PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI secara atas talian (FB Live).
Tujuan program adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi perubahan iklim dan kepentingan memelihara alam sekitar serta memberikan kesedaran tentang kepentingan amalan ke arah hijau. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua kakitangan Program Kesihatan Awam, KKM di seluruh negara tanpa mengira gred dan skim perkhidmatan.
Semoga dengan usaha dan perkongsian ini, dapat memupuk kesedaran di kalangan semua peserta terutama anggota Program Kesihatan Awam dalam mengamalkan aktiviti amalan hijau ke arah menjadikan bumi selamat dan sesuai untuk didiami oleh generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment