Monday, April 25, 2022

HARI BUMI SEDUNIA 2022

PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI SEDUNIA TAHUN 2022


Alhamdulillah pada 22 April 2022, hari Jumaat yang penuh barakah yang juga merupakan Sambutan Hari Bumi, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA) dengan kerjasama Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian di bawah Program Kesihatan Awam telah menganjurkan PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI secara atas talian (FB Live).



Tujuan program adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi perubahan iklim dan kepentingan memelihara alam sekitar serta memberikan kesedaran tentang kepentingan amalan ke arah hijau. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua kakitangan Program Kesihatan Awam, KKM di seluruh negara tanpa mengira gred dan skim perkhidmatan.




Program ini diadakan melalui platform FB Live Portal MyHealth KKM


Program Kesedaran & Pendidikan Bagi Amalan Ke Arah Hijau #GoGreen ini mendapat sambut hangat bukan sahaja dikalangan anggota Program Kesihatan Awam, malah daripada semua anggota KKM seluruh Malaysia pelbagai program. Program ini juga menjangkau penyertaan daripada luar organisasi KKM antaranya adalah peserta dari Kementerian Pendidikan.

Semoga dengan usaha dan perkongsian ini, dapat memupuk kesedaran di kalangan semua peserta terutama anggota Program Kesihatan Awam dalam mengamalkan aktiviti amalan hijau ke arah menjadikan bumi selamat dan sesuai untuk didiami oleh generasi akan datang.



PENGAUDITAN TERHADAP AMALAN EKSA IPKKM BILANGAN 2 TAHUN 2024

Salam Sejahtera semua, Adalah dimaklumkan JK Audit EKSA IPKKM akan menjalankan pengauditan Amalan EKSA Bilangan 2 Tahun 2024 pada 20 Novembe...