Tuesday, March 16, 2021

INGAT EKSA LAGI KAN?

 Assalamualaikum.... Hi Semua.

ADAKAH ANDA MASIH INGAT EKSA?

ADAKAH ANDA MASIH AMALKAN EKSA?




Diharap semua masih ingat. Kalau ingat-ingat lupa, di sini saya kongsikan sedikit tentang EKSA. Jom baca 


EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.


Walau bagaimana pun MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 melalui Panduan Amalan 5S Sektor Awam.


EKSA ada 5 elemen yang perlu dipatuhi, iaitu:

  • Imej Korporat
  • Kreativiti dan Inovasi
  • Amalan Hijau
  • Persekitaran Kondusif
  • Kepelbagaian Agensi

Okey, saya kongsikan sedikit dahulu. Untuk lebih memahami EKSA, boleh layari Blog ini ye.  Ada pelbagai perkongsian sebelum ini.


Selamat Maju Jaya... Amalkan EKSA setiap hari ye 👍👍👍

Monday, December 7, 2020

PENGIKTIRAFAN EKSA ZON KESIHATAN BAGI TAHUN 2020

Program Anugerah dan Pengiktirafan EKSA Zon Kesihatan Tahun 2020


Pada tahun 2020 ini, Zon Kesihatan sekali lagi berjaya menjalankan Program Anugerah dan Pengiktirafan EKSA. Program ini penting sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan anggota zon mengamalkan EKSA serta mengiktiraf dan memberikan kredit kepada mereka yang menunjukkan dedikasi tinggi terhadap Amalan EKSA.

Program ini dijalankan bersama sesi audit dalaman. Kesemua penerima anugerah menerima sijil dan cenderahati. 









Tahniah kepada penerima anugerah dan kesemua anggota Zon Kesihatan. 
Jadikan EKSA amalan hidup kita. 

Friday, November 20, 2020

LAPORAN AUDIT DALAMAN EKSA ZON KESIHATAN TAHUN 2020

 LAPORAN AUDIT DALAMAN EKSA

ZON KESIHATAN TAHUN 2020

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  

TARIKH                 : 22 Oktober 2020

MASA                    : 10.00 pagi – 4.30 petang

JURUAUDIT:      

1.     DR. HAAJAR BINTI MAHMOOD (KETUA)

2.     DR. WAFAAK BINTI ESA

3.     PN. NOOR AMIRAH BINTI NORDIN

 

SKOP AUDIT:  

Komponen A (Keperluan Utama Pelaksanaan), 

Komponen B (Ruang Tempat Kerja / Pejabat), 

Komponen C (Tempat Umum), 

Komponen D (Keselamatan Persekitaran)

 

Pengauditan EKSA telah dijalankan pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas berdasarkan kepada Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) IPKKM Versi 2/2017 dengan menggunakan kriteria senarai semak Pengauditan EKSA terkini yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU.


1.0 PENEMUAN AUDIT EKSA


1.1 Amalan Baik

  • Bilik pegawai kemas, teratur dan tersusun.

       

  •  Ruang kerja kemas dan berimej korporat.

       
 

  • Kubikel teratur dan kemas.
      
      

  • Sudut guna semula dan kitar semula
      

  • Kotak kasut yang kreatif menggunakan kotak terpakai
      



1.2 Penemuan Bagi Penambahbaikan

      Berikut adalah sebahagian daripada penemuan ketika audit:

  • Terdapat sebahagian warga agensi yang tidak mengamalkan dan mematuhi EKSA


  • Tiada pembentangan dan pelaporan pelaksanaan aktiviti EKSA dalam mesyuarat pengurusan.

  • Peralatan kerja di ruang kerja/kubikel tidak teratur dan tidak kemas


  • Bilik pegawai tiada label (roda pergerakan anggota).


  • Label nama pegawai di papan Carta Pergerakan Anggota tidak dikemaskini.


  • KEW.PA-7 disediakan tetapi tidak dikemas kini (pegawai telah berpindah lebih dari setahun).


  • Fail disusun kemas tetapi tidak teratur (Nombor di fail tidak sama seperti di senarai)
                     


  • Sebahagian pendawaian TIDAK kemas, teratur dan selamat.
                 



2.0 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Pada keseluruhannya, pematuhan amalan EKSA di Zon Kesihatan adalah cemerlang. Diharapkan perkara yang dibangkitkan di atas diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya untuk tujuan penambahbaikan serta memantapkan amalan EKSA di Zon Kesihatan ke tahap yang lebih cemerlang.

 

3.0 KEPUTUSAN AUDIT

Komponen A (Keperluan Utama Pelaksanaan)    : 90.43%

Komponen B (Ruang Tempat Kerja / Pejabat)     : 93.48%

Komponen C (Tempat Umum)                             : 95.79%

Komponen D (Keselamatan Persekitaran)           : 96.92%

Markah Purata                                                   : 94.16% ❤ 


Monday, October 12, 2020

LATIHAN PENGUKUHAN AMALAN EKSA TAHUN 2020

Di kala negara kita dilanda pandemik wabak COVID-19, amalan EKSA masih diteruskan oleh semua warga kerja Zon Kesihatan. Sebagai pengisian dan pengukuhan amalan EKSA, JK Latihan Zon Kesihatan bertanggungjawab dalam memastikan semua warga kerja Zon Kesihatan terutama warga kerja yang baharu untuk mendapat maklumat dan infomasi mengenai EKSA.

Susulan dari itu, JK Latihan telah mengadakan CME EKSA Resfresher yang telah disampaikan oleh Dr. Haajar binti Mahmood, Ketua Juruaudit Zon Kesihatan. CME ini telah disertai oleh 20 anggota dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Diharap latihan yang diberikan dapat menerapkan lagi budaya amalan EKSA di kalangan semua anggota.

Berikut adalah beberapa gambar untuk perkongsian tatapan bersama:-


1. Poster Hebahan Latihan


2. Antara peserta yang hadir


3. Para peserta tekun menjawab kuiz


4. Penyerahan sijil kepada penceramah




Friday, October 9, 2020

Pertandingan & Pengiktirafan EKSA Zon Kesihatan Bil. 1/2019

Zon Kesihatan melaksanakan program pengiktirafan EKSA sebagai salah satu langkah promosi dan galakan kepada anggota untuk sentiasa mengamalkan EKSA di tempat kerja masing-masing dan di Zon Kesihatan secara keseluruhan.

Antara kategori pertandingan yang dijalankan adalah:

1. Zon Terbaik

2. Bilik Pegawai Terbaik

3. Workstation Terbaik

4. Tandas Terbaik

5. Hasil Kreativiti Terbaik

6. Go Green Terbaik


Pemilihan pemenang dipilih berdasarkan markah dan penilaian audit dalaman EKSA Zon Kesihatan. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori. Tahniah kepada semua. TERUSKAN AMALAN EKSA ❤❤❤ 











Friday, October 2, 2020

PENJENAMAAN SEMULA AMALAN 5S SEKTOR AWAM

 MAMPU telah memperkenalkan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun 2010 melalui

Panduan Amalan 5S Sektor Awam. Amalan 5S merupakan istilah asal dalam

Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan membawa maksud

seperti di bawah:



PENGENALAN EKSA

 Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari

2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak

MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran

tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada

jabatan/agensi sektor awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan

seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan

daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif

dalam kalangan warga IPKKM.


Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang

ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan

bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya

menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan

persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan

menambah lima elemen baharu, iaitu:

 Imej korporat;

 Kreativiti dan Inovasi;

 Amalan Hijau;

 Persekitaran Kondusif; dan

 Kepelbagaian Agensi.


Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah

untuk membolehkan :










SUDUT MAYA ZON KESIHATAN

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Sukacita dimaklumkan Sudut Maya EKSA Zon Kesihatan telah bertukar platform baharu. Sila layari  ...