Friday, January 20, 2023

PERSIJILAN SEMULA EKSA IPKKM OLEH MAMPU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Selamat Tahun Baharu 2023 💖

Semoga tahun baharu ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Pastikan amalan EKSA sentiasa diamalkan ye.

Sebagaimana kita semua maklum, pada 8 hingga 10 November 2022, pihak MAMPU telah datang ke IPKKM bagi mengadakan pengauditan EKSA bagi tujuan persijilan semula EKSA IPKKM.

Zon Kesihatan telah diaudit pada 8 November 2022 dan menerima maklumbalas yang baik dari pihak auditor MAMPU dengan sedikit teguran penambahbaikan.

Dari kiri: En. Rizal, Sekretariat EKSA IPKKM, Auditor MAMPU, Dr. Wafaak, Dr. Haajar, Dr. Normaslina


Alhamdulillah pihak MAMPU secara keseluruhan berpuas hati dengan amalan EKSA di  IPKKM dan IPKKM sekali lagi berjaya mengekalkan status CEMERLANG dan mendapat persijilan semula sah sehingga 30 November 2024.


TAHNIAH kepada semua anggota IPKKM khasnya anggota Zon Kesihatan yang sentiasa mengamalkan EKSA di tempat kerja seharian.

 

JOM AMALKAN EKSA: JIMAT TONER

  Hi warga Zon Kesihatan. Nak jimat toner? Kurangkan penggunaan pencetak sekiranya kurang penting sekali gus menjimatkan toner. Jimat toner,...