Friday, September 23, 2022

PERTANDINGAN MENGARANG PANTUN EKSA IPKKM TAHUN 2021

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Apa khabar? Diharap semua sihat dan sentiasa mengamalkan EKSA dalam kehidupan seharian.

Untuk makluman semua pembaca, pada tahun 2021, JK Promosi EKSA Induk IPKKM ada menganjurkan Pertandingan Mengarang Pantun dengan tema "EKSA di IPKKM".

Ramai yang mengambil peluang menyertai pertandingan ini termasuklah peserta dari Zon Kesihatan iaitu En. Muhammad Ikmal bin Ahmad Rashiden, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam.

En. Ikmal terpilih sebagai finalis pertandingan dan telah berjaya memenangi tempat kelima. Tahniah kepada En. Ikmal. 💖




Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah dibuat pada sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Amalan EKSA KKM Tahun 2022 pada 12 Julai 2022 di Bilik Gerakan Aras 4, Blok E7, KKM.



Kami JK dan ahli Zon Kesihatan amat berbangga dengan pencapaian dan penglibatan En. Ikmal. Semoga kita semua semakin bermotivasi dalam melaksanakan Amalan EKSA dalam kehidupan kerja di pejabat. 💪💪💪

JOM AMALKAN EKSA: JIMAT TONER

  Hi warga Zon Kesihatan. Nak jimat toner? Kurangkan penggunaan pencetak sekiranya kurang penting sekali gus menjimatkan toner. Jimat toner,...