LAPORAN AUDIT DALAMAN EKSA
ZON KESIHATAN TAHUN 2020
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TARIKH : 22 Oktober 2020
MASA : 10.00 pagi – 4.30 petang
JURUAUDIT:
1. DR. HAAJAR BINTI MAHMOOD (KETUA)
2. DR. WAFAAK BINTI ESA
3. PN. NOOR AMIRAH BINTI NORDIN
SKOP AUDIT:
Komponen A (Keperluan Utama Pelaksanaan),
Komponen B (Ruang Tempat Kerja / Pejabat),
Komponen C (Tempat Umum),
Komponen D (Keselamatan Persekitaran)
Pengauditan EKSA telah dijalankan
pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas berdasarkan kepada Garis Panduan
Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) IPKKM Versi 2/2017 dengan
menggunakan kriteria senarai semak Pengauditan EKSA terkini yang dikeluarkan
oleh pihak MAMPU.
1.0 PENEMUAN AUDIT EKSA
1.1 Amalan Baik
- Bilik pegawai kemas, teratur dan tersusun.
- Ruang kerja kemas dan berimej korporat.
- Kubikel teratur dan kemas.
- Sudut guna semula dan kitar semula
- Terdapat sebahagian warga agensi yang tidak mengamalkan dan mematuhi EKSA
- Tiada pembentangan dan pelaporan pelaksanaan aktiviti EKSA dalam mesyuarat pengurusan.
- Peralatan kerja di ruang kerja/kubikel tidak teratur dan tidak kemas
- Bilik pegawai tiada label (roda pergerakan anggota).
- Label nama pegawai di papan Carta Pergerakan Anggota tidak dikemaskini.
- KEW.PA-7 disediakan tetapi tidak dikemas kini (pegawai telah berpindah lebih dari setahun).
- Fail disusun kemas tetapi tidak teratur (Nombor di fail tidak sama seperti di senarai)
- Sebahagian pendawaian TIDAK kemas, teratur dan selamat.
Pada keseluruhannya, pematuhan amalan EKSA di Zon Kesihatan adalah cemerlang. Diharapkan perkara yang dibangkitkan di atas diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya untuk tujuan penambahbaikan serta memantapkan amalan EKSA di Zon Kesihatan ke tahap yang lebih cemerlang.
3.0 KEPUTUSAN AUDIT
Komponen A (Keperluan Utama Pelaksanaan) : 90.43%
Komponen B (Ruang Tempat Kerja / Pejabat) : 93.48%
Komponen C (Tempat Umum) : 95.79%
Komponen D (Keselamatan Persekitaran) : 96.92%
Markah Purata : 94.16% ❤